WELCOME TO FARAHANA'S OFFICIAL BLOG
Fanasshhii


License! Here We GO~
Tuesday, 1 January 2013, ϟ


Assalamu'alaikum ..

Okay haritu Fana ada cakap pasal lesen kan? Haaaa Alhamdulillah last week Fana dah start step by step. Jom ah join Fanaaa. Last week baru je pergi ceramah KPP. Dalam paper cakap 5 jam. Tapi Fana rasa 6 jam lebih kot --' Tengok eh, pukul 8.45 pg gerak. Pukul 9 pg sampai nak daftar. Agak terkejut raaaamai jugak orang join ceramah ni. Beratur panjang pulak tu. Lepastu boleh pulak salah line masuk line IC yang tak boleh baca. Dah kena beratur line lain. Beratur panjaaaang lagi -.- Sabar Fana sabar :) Sampai 2 bilik diorang bukak. Lepas daftar bagi IC semua, masuk bilik. Pastu tunggu macam sakai orang masuk satu per satu sampailah limit baru start. Sejam oh. Ergh menyesal pergi awal. Ingatkan start pukul 9. Padahal pkul 10 -.- Dengar punya dengar pkul 12.30 break. Pkul 1.15 start balik. Saaaampailah pukul 3.30 camtu. Lepas habis uh, masuk pejabat balik cap jari ambil IC. Then cheoww~ 3.45 petang baru selesai semua. Alhamdulillah, dalam 6 jam 45 minit jugak ah. Banyakkan procedure? Hmm pengalaman :)

So this week Fana ambil test undang-undang. Hari Ahad baru ni baru je Fana pergi. Ditemani oleh hero yang tidak berapa perkasa sekarang. Pak cik pojaaann. Hahaha. Kitorang bangun pukul 6 pagi kot. Awal kan mama kejutkan. Huh. Sebab pukul 7 dah nak gerak. Sebab test ni bukan buat dekat sekolah tu tapi dekat tempat lain. That's why kena gerak awal takut tak jumpa tempat. Lagipon Fana kalau siap memang berejam. Nak solat lagi macammacam ah. Mama memaang memahami :') Hehe.  Debaran makin terasa. Mata ni still focus pada paper membaca dan terus membaca takut tak lulus. Hahaha. Fana bayangkan tempat ni mesti banyak PC. Sebab agent Metro Malayan hantar semua test dekat situ. So ingatkan besar ah. Rupa-rupanya tempat tu punyeeelah kecil dan terpencil. Computer pon ada dalam 10 buah macam tu je. Tempat ni kena pergi awal. Siapa lambat memang naya ah kena tunggu. Lagilagi Sabtu Ahad. Nak ambil test ni pon banyak la jugak procedure dia. Ambil giliran-tangkap gamba-cap jari-sign then kena tunggu orang yg tengah test tu habis. Almaklumlah, PC 10 buah je. Guest punyelah ramai.

Bila giliran dah sampai masuk baca bismillah sikit. Hehehe. Dalam bilik tu sejuk oh. Dah la badan tengah sejuk takut punya pasal. Kena pulak air-cond macam 10 degree. Menggigil :| Hahah. Jawab punya jawab check balik. Nasib baik Fana check balik, banyak Fana careless oh sebab tak baca soalan betulbetul macam 'KECUALI' ' Yang BETUL' ' Yang SALAH'. Fuhh nasib baik :') Korang jangan buat careless macam Fana tau! Check balik jangan lupaa. Hahaha.

Oh lupa nak cerita. Kat situ I met Ammar. Alaaah yang cute kecik-kecik tuu. Hahaha. Yes dia pon join Fana n my brother. Kami bertiga masuk bilik tu serentak. Tapi dia expert. Dalam 30 minit ke 20 minit macam tu dia dah selesai. Fana hanya mampu kata 'WOW!' Haha. Lama tak jumpa dia. Teringat zaman sekolah rendah dulu dia selalu ejek Fana scandal dengan Zzzz! Hahaha. Tanak sebut. Jadi issue -.- Lagipon kisah tu dah terkubur sekian lamanya. Hah nampak tak nakal dia tu? Tapi Fana wat lek je sebab Fana tough. Fana balas balik. Hahaha. Fana lagi nakal tau duluuu. Suka cubit orang. Of course la bisaaaa. Nak rasa? HAHA. K dah lupakan.

So the result is ... Haih takut nak tekan 'tamatkan soalan'. Alhamdulillah Fana LULUS! Yeaaay! I DID IT :D Hahahaha. Huh Lega sangaaaaat :) Malam tu susah kot nak tido mengenangkan test ni. haih macam SPM pulak rasa. Teruk betul. So PC tu kata Fana dapat 42/50. Pastu Adik Fana pelik kenapa Ajan tak lulus dapat 42/50? LOL Rupa-rupanya result yang sebenar dia keluarkan dekat tempat lain. Yang dekat PC tu just inform kalau nak lulus at least dapat 42. Lol Fana baca tak habis. Hee. But Alhamdulillah Fana dapat 47/50. Unfortunately adik Fana fail sebab dapat 40 je. Lulus supposed to be 42 at least. Keesokan harinya adik fana re-test balik. Alhamdulillah pak cik pojan LULUS! :D I'm happy for him :)

Next Saturday pergi theory pulak selama 3 jam dengan Faten Amira. Yeay! Ada kawannn :) hehe. See you there Faten ^^

new past